Posts

LovelyCc Corner

Image
 Masakan Kelantan bukan sahaja digemari oleh penduduk yang berasal dari negeri Cik Siti Wan Kembang, malah turut digemari oleh penduduk negeri-negeri lain. Antara menu 'authentic' Kelantan seperti nasi kerabu, nasi dagang, tom yam mula menjadi kegemaran ramai. LovelyCc Corner Restaurant & Catering yang beroperasi di Taman Tasik Semenyih Selangor menyediakan juadah yang amat menyelerakan.  Antaranya ialah nasi kerabu, nasi lemak, soto, dijual pada waktu pagi. Menu untuk makan tengah hari pula, restoran ini juga menyediakan masakan nasi campur dengan pelbagai juadah yang menyelerakan. Untuk makan pula, restoran ini menyediakan  masakan panas seperti Tom Yam, pelbagai jenis sup dan makanan bergoreng seperti nasi goreng dan mee goreng.  Alamat LovelyCc COrner Restaurant & Catering No 1, Jalan TTS 2/1 Taman Tasik Semenyih 43500 Semenyih Selangor Malaysia LovelyCC Corner

Melaka Bandaraya Bersejarah

Image
Penubuhan Muzium Jabatan Penjara Malaysia di alaf baru ini amat bertepatan sekali dengan arus pembangunan Jabatan Penjara Malaysia dalam konteks meningkatkan imejnya.  Mengimbau kembali sejarah Jabatan Penjara Malaysia, wajarlah sekali diabadikan sebuah muzium agar sejarah dan kegemilangan jabatan ini tidak luput ditelan zaman Muzium ini merupakan muzium yang di kendalikan oleh Jabatan Penjara Malaysia bagi tontonan umum. Muzium ini telah dibuat di Bandar Hilir Melaka. Bangunan  asal muzium ini merupakan Penjara asal Penjara Bandar Hilir Melaka dan telah di tutup bagi memberi laluan pembukaan Muzium Penjara Muzium ini juga memberi info tentang Jabatan Penjara Malaysia dan kehidupan di sebalik tembok penjara. Pelbagai program menarik turut di adakan disini. Alamat Muzium Penjara Malaysia Muzium Penjara Malaysia Jalan Parameswara 75000 Banda Hilir Melaka MALAYSIA