Melaka Bandaraya Bersejarah
Penubuhan Muzium Jabatan Penjara Malaysia di alaf baru ini amat bertepatan sekali dengan arus pembangunan Jabatan Penjara Malaysia dalam konteks meningkatkan imejnya. Mengimbau kembali sejarah Jabatan Penjara Malaysia, wajarlah sekali diabadikan sebuah muzium agar sejarah dan kegemilangan jabatan ini tidak luput ditelan zaman Muzium ini merupakan muzium yang di kendalikan oleh Jabatan Penjara Malaysia bagi tontonan umum. Muzium ini telah dibuat di Bandar Hilir Melaka. Bangunan asal muzium ini merupakan Penjara asal Penjara Bandar Hilir Melaka dan telah di tutup bagi memberi laluan pembukaan Muzium Penjara Muzium ini juga memberi info tentang Jabatan Penjara Malaysia dan kehidupan di sebalik tembok penjara. Pelbagai program menarik turut di adakan disini. Alamat Muzium Penjara Malaysia Muzium Penjara Malaysia Jalan Parameswara 75000 Banda Hilir Melaka MALAYSIA